[April Fool: Sejarah Hina Islam]
"Biasanya menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'. Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol(Moors) terpaksa berlindungdi dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.
Pada waktu inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk mengeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Persitiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraihkan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
April Fool's secara amnya adalah hari dimana perbuatan memperolok-olok sesiapa sahaja menjadi teras sambutannya.Selalunya April Fool ini kebanyakkannya bermula sewaktu di sekolah dahulu, sepanjang hari terpaksa berhati-hati kerana pasti sahaja penipuan akan dilakukan dan boleh jadi dari sesiapa sahaja. Sekiranya terperangkap mempercayai penipuan tersebut maka ejekan April Fool's akan diberi kepada mangsa. Dalam erti kata lain April Fool's boleh disebut sebagai 'hari menipu'. Mungkin ada yang berkata memperolok-olok itu hanya sekadar gurauan. Tetapi apakah gurauan itu dibenarkan dalam Islam?
Terdapat pelbagai sejarah mengenai sambutan 'hari penipuan' atau April Fools' ini. Yang menarik dewasa ini terdapat banyak sebaran mengatakan ianya adalah bersempena penghapusan dan penipuan keatas umat Islam di Sepanyol suata masa dahulu dan sebagainya. Cerita ini masih diragui kesahihannya. Adalah lebih baik kita menilai terus elemen sambutan itu sendiri apakah ianya dibenarkan atau tidak.
Islam mendidik umatnya agar sentiasa mengamalkan perlakuan jujur dah menjauhi sikap suka menipu. Allah berfirman di dalam Al-Quran:
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.[at-Taubah 9:119]
Berkata Ibnu Katsir di dalam tafsirnya tentang ayat diatas: Ia bermaksud: sentiasalah berlaku jujur dan kommited pada kejujuran agar kamu berada di golongan orang-orang (yang jujur) dan terselamat dari malapetaka. Dan ini akan mengeluarkan kamu daripada masalah.
Di dunia ini, setiap manusia yang sihat akalnya pasti akan lebih menyukai kejujuran daripada perbuatan menipu. Islam merupakan agama yang meraihkan fitrah yang baik. Wallahu'alam."
Wow, I can't believe I actually typed it all out. Hmm. Okay so all you muslim people please think before you guys start pranking anyone on the 1st of April. A proper update will be out soon. But for now I'll be posting articles after articles that interests me. Take care.